peringatan|jangan labur pada sebarang skim

satu lagi cerita yang aq dapat dari My Metro hari ni .
walaupun mungkin ramai yang da tau pasal ni aq nak gak post 
dan selitkan sedikit nasihat dari pandangan aq sendiri . 
kalau ada yang boleh terima alhamdulillah ,
tapi kalau tak boleh anggap saja macam pendapat .
bukan mengajar ...

Ustaz Zul . kerugian sehingga RM100k
KUALA LUMPUR: Ustaz Harun atau Harun Mat Saat yang dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta dipercayai turut memiliki sebuah syarikat jet persendirian di Pekan, Pahang, selain deretan kereta mewah termasuk Nissan FairLady, Subaru Impreza, Toyota Alphard dan BMW.
Difahamkan, semua aset mewah itu digunakan ahli lembaga pengarah Dina Group Sdn Bhd (Dina Group), milik Harun, 45, ketika berurusan dengan pelabur baru syarikat berkenaan yang memulakan operasi perniagaan pada 2006.

Perkara itu didedahkan seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Ustaz Zul, 36, yang mendakwa pernah beberapa kali bertemu Harun ketika terbabit dalam pelaburan skim cepat kaya diperkenalkan Dina Group.
“Melihatkan penampilannya yang meyakinkan selain bijak bermain kata-kata dan emosi sehingga menitiskan air mata menceritakan kesusahan dilalui, semua peserta yang menghadiri seminar atau bengkel seolah-olah ‘dipukau’ sehingga sanggup mendaftar sebagai ahli.

“Saya difahamkan Ustaz Harun bukan saja warak, malah turut bergiat aktif sebagai penceramah agama di sekitar pantai timur sebelum menjalankan perniagaan,” kata yang melabur sehingga RM100,000 antara Oktober 2008 hingga Mac 2009.

asal : hmetro

bila pikir pikir balik , tak silap aq da banyak kes macam ni jadi dekat Malaysia .
tapi yang aq heran kenapa rakyat  Malaysia tak makan nasihat kerajaan 
soh jauhkan diri dari benda . dan paling paling kurang pun jangan cuba cuba labur
apa apa aset dekat mana mana skim sekali pun . kecuali yang ada kelulusan
atau erti kata lain bukan KAKI KENCING ..

tapi mungkin yang ngadap keadaan macam ni je yang faham macam mana rasa
bila orang orang macam ni cuba perdaya kita . 
tak boleh nak kata lebih gak kan ..

tapi aq ada sedikit pendapat yang maybe kita boleh manfaatkan ..

# check dulu samada skim tu berkelulusan atau tidak .
(sebab aq percaya setiap bentuk perniagaan yang bergerak dalam Malaysia
perlu dapatkan kelulusan dari kerajaan)
# try figure out samada skim tu dalam keadaan stabil atau tidak . err maksudnya sebuah perniagaan
yang kukuh ekonominya . eh betul ke aq cakap ? em macam tu la .
# fahami setiap terma serta syarat yang mungkin dikenakan dengan teliti .
# jangan turunkan tandatangan atau laburkan sebarang jenis aset harta benda sebelum
ada memahami jenis pelaburan yang ditawarkan .
# tidak terpedaya dengan pemakaian atau sebarang kecangihan aset yang digunakan oleh agent .
# tapis sesetengah penerangan dari agent yang mungkin menyelitkan sedikit latar belakang peribadi .
(mungkin cara agent untuk menipu mangsa)

lastly : p motong yolah . susah sonang pun takdo yang nak nipu ! yo tak ?
tak payah nak joint bondo morapek ni . dulik an yo . takdo paedah . kongah koringek sikit
kalau nak hidup . duit takkan datang bogulik tu do . pikir pikir kan lahh ~

aih ~

*****



2 comment:

Unknown said...

yang sedihnya ramaia yang percaya dengan SCK sebab nak cepat kaya..

Izahir Bin Anuar said...

ya . maybe dari sifat tak suka bersusah untuk mencari rezeki

leave ur link here

copyrightbyeizahiranuar