RON97 naik 20$

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, demikian menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).
Naib presiden PDAM, Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah. “Namun, harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah. Petrol RON95 kekal RM1.90 seliter. - Bernama

sumber : MyMetro


sebenarnya aq pun taktau apa beza RON97 dengan RON95 -,-
RON95 rm1.90/L tu pun da agak menyekat pernafasan 
memang tak ar nak guna 97 tu . haha


tapi kita sebagai rakyat ni memang tak boleh cakap lebih .
nak atau tidak kena gak ikut  garis yang ditetapkan kerajaan ..
ececeh . haha


tapi dekat sini ada beberapa langkah untuk korang gunakan minyak dengan bijak .
atau erti kata lain JIMAT .. 


penjimatan petrol .


# waktu mengisi petrol : mengisi petrol pada waktu awal pagi atau pada cuaca sejuk dapat
meningkatkan kuantiti minyak berikutan kurangnya haba yg menyebabkan
petrol berwap/membentuk gas


# kaedah mengepam petrol : pam petrol secara perlahan bagi memastikan cecair
petrol dipam sempurna , bukan gas(macam air paip bila 1st buka banyak udara)


# kurangkan beban kereta : elakkan dari memenuhi ruang kereta dengan barang tidak perlu .
seperti dapur masak , tab mandi dll . berikutan beban yang melebihi 50kg 
akan meningkatkan 2% penggunaan minyak 


# mati enjin bila kenderaan statik : elakan dari menunggu dalam kereta dengan keadaan
enjin masih hidup . kalau tahan panas tunggu terus dalam kereta


# penggunaan penghawa dingin : kurang penggunaan 'aircond' . tetapkan penggunaan
hanya pada waktu siang . malam da cukup sejuk kalau buka cermin'


# bijak penggunaan gear : gunakan gear yang bersesuaian dengan tahap kelajuan kereta .
jangan gopoh menurun ke gear rendah sewaktu memperlahankan kereta 


# teliti tujuan perjalan : menetap tujuan perjalanan dapat mengelak dari 'menyimpang'
ke suatu tempat tidak penting . secara tak langsung dapat mengelak penggunaan
petrol secara berlebihan 


# elak kesesakan : berada dalam kesesakan dalam sesuatu jangka masa akan
menyembabkan pembaziran petrol(hampir sama dengan menunggu dalam kereta)


# tekanan angin tayar  : tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi akan meningkatkan 5%
penggunaan petrol , berikutan meningkatnya kadar geseran antara tayar dengan permukaan
jalan 


# jarak perjalanan : penggunaan petrol akan meningkat sebanyak 40% jika kenderaan diguna pada
jarak dekat . amalkan berbasikal atau menggunakan motor jika terlalu dekat . 
berjalan lagi bagus(sihat' huahua)


# servis berkala : penalaan enjin yang teruk akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak
50% . pastikan palam pencucuh , tali sawat penapis udara dalam keadaan baik .


# worming up : panaskan enjin sekurang kurangnya 30 saat selepas enjin dihidupkan .
elakkan dari menekan pedal


# kelajuan : memandu melebihi 90km/j akan meningkatkan penggunaan petrol secara 
perbandingan , pada kelajuan 100km/j meningkat 10% ,105km/j 15% dan 110km/j
meningkat 25% . berbeza mengikut setiap cc kereta . lebih tinggi cc lebih banyak
minyak dibakar 


nampak macam leceh gila kan nak buat -,-




kredit kepada :  google dan rakan blog

****




4 comment:

- said...

jalan kaki tu macam perli aku je...HAHA :P

Izahir Bin Anuar said...

terasa kah ? oyeahhhh . BHAHA

- said...

HAHA..
mana ada..
aku jiwa kental lah sehman :P

Izahir Bin Anuar said...

haha . gurau . elok la jalan kaki . SIHAT . bhahaha

leave ur link here

copyrightbyeizahiranuar