Tahniah Nurussyahamah


asal : iluvislam

Pencapaian Nurussyahamah Banggakan Negara


Kejayaan Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah Al-Quran Kanak-kanak peringkat Antarabangsa di Qatar amat membanggakan negara.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata pencapaian kanak-kanak berusia 12 tahun itu juga membuktikan Terengganu tidak ketandusan pelapis dalam konteks tilawah al-Quran.
"Apa yang membanggakan, adik Nurussyahamah mampu berdepan dengan qari dan qariah kanak-kanak yang hebat-hebat dari negara lain seperti Indonesia termasuk dari negara-negara Arab di Timur Tengah," katanya kepada pemberita hari ini.
Abdullah sebelum itu mengunjungi kanak-kanak tersebut di kediamannya di Kampung Alor Keladi di sini.
Nurussyahamah adalah antara tiga kanak-kanak yang terpilih ke peringkat akhir tilawah itu yang dijadual berlangsung di Doha, Qatar pada Ramadan ini.
Beliau berjaya mengatasi saingan kira-kira 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia yang diuji tujuh hakim dari Qatar ketika peringkat saingan yang berlangsung pada Februari dan April lepas.
Pertandingan tersebut dianjurkan Kementerian Wakaf dan Hal-Whwal Islam Qatar serta saluran kanak-kanak stesen televisyen Al-Jazeera.
Sementara itu Nurussyahamah ketika ditemui berkata beliau akan memberikan yang terbaik bagi mengharumkan nama negara pada pertandingan akhir tersebut.
Besut, 3 Julai




leave ur link here

copyrightbyeizahiranuar